Semoga bukan kebersamaan yang terakhir
Kita insyaAllah, akan kembali menghirup udara di bulan Ramadhan. Kita
insyaAllah akan merasakan kembali hari2 bahagia penuh penghambaan, kedekatan,
ketundukan, kekhusyu’an pada Allah yang Maha Rahman, yang Maha Rahim.
Setelah 11 bulan kita berpisah dengan Ramadhan setahun yang lalu, terlalu
banyak amal2 ibadah yang kita tinggalkan. Ramadhan lalu, khatam 30 juzu’ Quran
dalam masa 30 hari…berapa kali kita khatam selepas Ramadhan till now? Ramadhan
lalu hari2 bgn qiyam…berapa kali kita qiyam selepas Ramadhan? Ramadhan lalu
hari2 kita bangun awal n tak tidur lepas subuh…lepas Ramadhan berapa kali
kita bangun sebelum Subuh?….
Selama 11 bulan lamanya, kita telah mensia-siakan waktu. Banyak kebaikan
yang telah tersemai dalam Ramadhan setahun lalu, makin lama makin kering dan
kini nyaris mati. Kita tenggelam dalam arus kesibukan dan belenggu keinginan
yang tak akan pernah selesai dan tiada hujungnya….
Paling sedih sepanjang posting orthopaedic yang tinggal 3minggu lagi nak
habis….melalui posting ni dpt picture betapa sibuk nya kita bile dah jadi dr
nanti….banyak waktu habis di hospital…di OT…sampai 5, 6 pagi….sedihnya
rasa amalan berkurang…kurang masa untuk Quran….kurang masa untuk solat
sunat…..
Rasa bersyukur sangat dapat kembali bersama-sama memasuki Ramadhan, dapat
kembali merasakn kedamaian dan kesejukan hati di malam2 Ramadhan….Rindu
suasana makan sahur bersama, nikmatnya menahan lapar dan dahaga di siang hari,
berbuka bersama2….Rindu dekat Khalid….this is the first Ramadhan tanpa
Khalid….rasa macam baru je berbuka kat rumah…khalid ada makan sama2…bgn
sahur sama2….
Kuatkan tekad kita untuk menghapus, menebus dosa dalam bulan penuh barakah
ni…..Sama2 muhasabah segala dosa dan kesalahan kita selama ini…terlalu
banyak…Ya Allah ampunkan kami….
Marilah kita semua mengisi sisa waktu hidup di bulan suci dengan melakukan
amal2 soleh…sebanyak-banyaknya
Siapa tahu, kalau2 Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir
kita…..dan kita tak dapat lagi rasakan indahnya dan nikmatnya pahala Ramadhan
lagi?
