Urwah Ibn Zubair Al-Awwam

Filed under: Uncategorized — asmaziz at 1:07 am on Monday, June 18, 2007

Last week nenek sakit…fever for one week and on Friday (the day I came back to Kuantan after 5 days holiday to attend Safura n Nizam’s wedding) nenek pitam 2, 3 kali…masa kat umah nenek masa cuti dia ada complain palpitations…I thought it was just due to the fever….tak terfikir langsung acute coronary syndromes…bile nenek dah jadi teruk camtu baru terfikir ACS nye symptoms for elderly n diabetic patient lain sikit…selalunya takde chest pain….dah seminggu lebih nenek kat hospital…dah buat angioplasty n alhamdulillah sekarang better…tapi smalam masa nak balik…nenek menangis…pesan mintak doakan dia n belajar elok2…sedihnya….tak boleh tengok orang menangis….cepat rasa sebak….Semoga nenek sihat semula….

Tadi after solat jemaah with Aida n Timah kat musolla tengok2 buku2 kat situ…Terbaca buku Kisah-Kisah Pejuang, ditulis oleh Abdul Mun’im. Belek2 terbuka cerita tentang Urwah Ibn Zubair Al-Awwam, seorang insan yang khusyuk solatnya. Rasanya semua kenal dengan Urwah Ibn Zubair, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang dilahirkan dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga muslim yang terhormat. Ayahnya Zubair Al-Awwam ialah salah seorang sahabat karib Rasulullah dan sepupu baginda. Ibunya Asma’ Abu Bakr As-Siddiq, saudara kandung Ummul Mukminin, Aisyah isteri Rasulullah. Urwah dan enam saudaranya tumbuh dan berkembang dengan diliputi oleh berkah serta kesucian. Kadang2 dia dan saudara2nya berada di rumah Saidina Abu Bakr, datuk mereka dan kadang2 di rumah Aisyah, ibu saudara mereka. Mereka mendengarkan dan menerima pengetahuan agama yang membuatkan hati mereka menjadi lapang dan jiwa mereka menjadi bersih.

Dalam kisah Urwah, sebagaimana biasanya, Allah menguji hambaNya dalam membezakan mana hambaNya yang sabar dan mana yang tidak sabar. Allah telah menguji Urwah dengan tertimpanya musibah pada diri dan anaknya. Riwayat menceritakan Urwah dan seorang anaknya pergi ke Damascus untuk berjumpa khalifah Walid Ibn Abdul Malik. Dalam perjalanan, beliau ditimpa penyakit di kakinya, dimana tiada ubat melainkan dipotong the affected kaki….Any differentials? Setibanya mereka di Damascus, Khalifah memanggil doktor dan mereka memutuskan untuk memotong kakinya dengan segera. Urwah tidak merasa gelisah atau sedih dan menghadapi cubaan itu dengan jiwa yang redha dan sabar. Doktor offer ubat bius tapi Urwah refused….Urwah berkata pada doktor:

”Jangan, aku yakin tiada seorang yang beriman kepada Allah mahu meminum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, kerana jika hilang akal, ia akan lupa kepada Allah. Jika kamu harus memotong kakiku, maka laksanakanlah tugas itu di saat aku sedang solat supaya aku tidak merasa sakit”

Subhanallah…hebatnya sahabat….kalau kita sekarang ni…if possible everything nak bius, taknak sakit….teringat Khalid dulu selalu refused analgesic…dia lagi prefer rasa sakit sikit dari kena infuse Morphine or apa2 drugs…if tak tahan sangat baru dia bagi dr prescribe….

Setelah beliau berdiri solat dan fikirannya hanya terpusat pada Allah sebagaimana biasanya, doktor segera memotong kakinya, sedangkan ia tidak merasa kesakitan, bahkan badannya tidak bergerak sedikit pun. Pada malam itu juga anaknya meninggal kerana disepak kuda. Urwah berkata:

” Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah”

Hmm..kagum terhadap Urwah yang tenang, sabar dan sangat bersyukur dan hanyut dalam mahabbah kepada Allah sehingga bila ia solat, maka hati dan fikirannya hanya terpusat kepada Allah semata dan melupakan semua yang ada di sekitarnya. Bila kita fikir-fikir, bila Allah uji kita dengan mengambil sesuatu dari kita, kita kena sabar, terima dengan redha, syukur Allah dah pinjamkan nikmat tu untuk kita walaupun seketika…..



5 Comments »

148

   johnny

December 29, 2008 @ 10:16 am

zxw4PZ Thanks for good post

154

   corkinlsk25

January 3, 2009 @ 5:48 pm

Hi! A Great Post. I was just playing with blogs. i was really excited.

155

   adlamfno81

January 4, 2009 @ 5:09 am

Keep on blogging! :)

156

   shareefaverillwestbay

January 4, 2009 @ 5:25 am

Great information on your blog!

157

   coventryethanwashingtonmills

January 4, 2009 @ 5:38 am

Hi! A Great Post. I was just playing with blogs. i was really excited.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>