Murajaah Al-Quran

Filed under: Uncategorized — asmaziz at 12:59 am on Saturday, May 12, 2007

Assalamualaikum…

Just nak tulis apa yang dapat masa motivational talk that was given by Ustaz Nor Hafizi masa Tahfiz Camp. InsyaAllah boleh jadi peringatan dan panduan untuk diri ini dan sahabat2 seperjuangan yang pernah sama2 bertungkus-lumus menghafaz kitab suci Allah….Kadang2 rasa sedih dan takut sangat sebab tak dapat nak kekalkan hafazan…takut sangat bile Al-Quran tak menjadi priority kita….sibuk sangat study sampai lupa Al-Quran..bila fikir2 balik….dalam satu hari berapa lama masa diperuntukkan for Al-Quran…3jam? 1jam? Setengah jam? Few minutes? Or tak bukak langsung? Rasa perlu sangat kawan2 untuk ingatkan selalu….alhamdulillah kadang2 ada yang datang bilik tibe2 tebuk….at least recall juga…. Ustaz Felza kata takde sape boleh ingat semua..if tak mengulang…..peringatan untuk diri sendiri…..jangan lupa Al-Quran kerana kecuaian kita….takde jadual mengulang…iadah ikut mood…..kita takut nanti disana kita jumpa Allah dalam keadaan berpenyakit….Nauzubillah

Al-Quran tak boleh kita jadikan secondary thing to be done….kena sentiasa utamakan n peruntukkan masa untuk murajaah….peruntukkan masa yang khas untuk mengulang…at least dalam jadual harian kita ada masa…before subuh, after subuh, in between maghrib isya’….mayb ni minimum yang sepatutnya kita buat…if tak sibuk setiap kali after solat kena mengulang…..jangan sesekali kita ikut mood…bila rasa nak mengaji baru nak buka Al-Quran…bila sibuk terus lupakan….

Selalunya ayat yang kita baca dalam solat la yang paling kita ingat…..kena rajin jadi imam…baca ayat lain2…dalam solat tahajjud…if surah senang kita boleh baca perlahan, dalam hati..cepat and banyak sikit dapat baca…if lupa terus refer Quran…lagi2 kita yang selalu kesuntukan masa dan tak cukup masa ni…bak kata Imam Hasan Al-Banna dalam wasiat kesepuluhnya..…kewajipan tu lebih banyak dari waktu…kena pandai gunakan masa…..

Ustaz Hafizi kata lagi…kita kena selalu main tebuk2…jumpa je kawan…tebuk…tapi jgn tebuk je…if lupa buka balik Quran..check…if kita buat, secara tak langsung kita sentiasa ingat mengingatkan diri sendiri dan kawan…kalau kat rumah boleh suruh parents or adik2 tebuk….Ustaz kata lagi kita kena masyi surah2 biasa yang orang lain pun hafaz dan baca dalam solat…as-sajadah, al-mulk, al-insan, al-waqiaah, al-mu’minun etc….kena rajin buat solat hifzi….kena banyak mujahadah nafsu, kurangkan tidur, bangun malam untuk tahajjud dan Quran…kenapa kita rasa berat sangat nak bangun malam? Rasanya sebab tak biasakan diri….

Kaedah2 murajaah lain yang ustaz ada sebut..selalu dengar bacaan Qari from CD or kaset….pagi2 masa get ready nak pg kelas, masa iron baju, breakfast…. boleh pasang dan dengar…kena ada sifat bersaing, kenal pasti ayat2 dalil and of course banyakkan doa, sebelum dan selepas menghafaz….

Semoga kita sama2 dapat menjaga Al-Quran…

“Ya Allah, dengan Al-Quran, kurniakanlah kasih sayangMu kepada hamba. Jadikan Al-Quran sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi hamba. Ya Allah, ingatkan hamba bila ada ayat yang hamba lupa mengingatnya. Ajarkan pada hamba, ayat yang hamba tidak memahaminya. Kurniakan kepada hamba kenikmatan membacanya sepanjang waktu, baik tengah malam atau siang hari. Jadikan Al-Quran bagi hamba sebagai hujjah, Ya Rabbal ’Alamin”