my 23rd birthday

Filed under: Uncategorized — asmaziz at 8:44 pm on Saturday, April 7, 2007

Hari ni genap 23 tahun aku hidup kat dunia ni. Alhamdulillah masih lagi dikurniakan umur, meningkat setahun lagi usia. 23 tahun….rasa cepat sangat masa berlalu…rasa macam tak percaya je dah 23 tahun..tua dah tu…nak dekat sepertiga umur (majority life span rakyat Malaysia)…Rasa sedih sangat….kita ni masih lagi dikurniakan umur…teringat kat Khalid….bila la pulak agaknya tiba giliran kita…Buka msg2 lama dalam handset….genap setahun yg lepas, 8 April 2006 ada msg from Khalid… “Happy Birthday! May Allah bless you..” This year n akan datang takde lagi msg dari dia….

Apa yang aku dah buat sepanjang 23 tahun ni? Apa yg dah achieved? Aku dah lalui few stages of life….rasa sgt Allah permudahkan my path of life..setakat ni alhamdulillah apa yang nak…dapat….nak blaja kat SBP dapat…nak pegi DQ dapat…nak masuk UIA…dapat..nak buat medic…dapat….Alhamdulillah, syukur sangat2….

Tapi terasa lagi diri ni tak cukup menunjukkan rasa terima kasih….masih lagi buat dosa…amalan kurang meningkat….i really hope to a better person…a better muslimah……usia ibarat mutiara, tiada berganti, hiaskan iman bersulam taqwa, agar sempat mengucup haruman syurgawi…

Just nak imbas balik apa yg dah berlaku selama 23 tahun hidup…

1984- Lahir…dah cipta satu kejayaan yg sgt besar….berjaya melalui a hazardous journey… ingat lagi masa dah term…rasa nak keluar dari uterus ummi….mula2 my head enter pelvis in transverse position (kira dah engaged la)…pastu descent lagi sket…head flexed…internal rotation (occipito anterior position tau)…sampai below symphysis pubis….my head extended…rasa midwife tolak2 kepala kita…pastu ummi push sampai la kepala yg besar ni terkeluar….pastu rasa kepala pusing ke tepi sket (restitution)…pastu ada tgn yg check my leher…tengok ada tak umbilical cord around neck…pastu dia tarik my kepala sampai terkeluar semua…..Lahirlah seorang baby girl, berat 3.8kg kat Sussex Hospital, Brighton….

1985-1989- From neonate membesar sket….become infant..from complete head lag to full head control….about 7months..pandai roll supine to prone…pastu crawl….boleh jalan pegang tepi2….pastu blaja tatih sampai la boleh jalan. Alhamdulillah takde developmental delay…..kire bile plot growth chart to within normal centile la…

Membesar lagi…toddler…masa tu dok umah je..tak pegi tadika pun…kat umah main LEGO, LASY, main masak2….doktor2…Masa ni ada bantal busuk n teddy bear busuk…kat mana tah teddy bear tu..lama tak jumpa… Masa kecik2 dulu selalu ikut ummi n abah g program…gi usrah…masa ni la kenal dgn mcik2….kawan2…Masa ni dah ada dua adik..sumayyah n khalid….

1989-1995- Masuk darjah satu kat sekolah islam al-irsyad..masa tu umur baru 6 tahun…tapi abah tanya nak sekolah tak…so sekolah je la…sekolah tu abah n pakcik2 yg mulakan….masa tu kat banglo kat kubang buaya…bes blaja kat situ….yela kawan bape kerat je…muallim muallimah pun sikit….tiap kali rehat pegi kat tingkap koperasi cakap kat muallim: ”ana uridu an ashtari shikulatah”…masa tu yg glamer coklat boyboy yg perasa oren ngan strawberry tu….. Alhamdulillah membesar dalam suasana yg islamic….. seronok sangat sekolah kat irsyad…..lagi satu yg ingat bile ada persembahan masa ihtifal…pentas tade..so muallimah susun meja byk2 jadi pentas…

1996-1998- masuk sekolah menengah kat ihsan. Masa tu tak amek UPSR pun..tak cukup umur..masuk Ihsan pun guna trial punye results…tapi dapat je masuk sbb masa interview cakap arab ngan ustaz…terus diterima masuk sekolah tu walaupun takde UPSR….so mula la alam sekolah menengah…suasana tak berapa beza sgt sbb clasmates ramai yg dari irsyad….kitorg buka empayar bahasakan diri ana-anti…ramai gak yg ikut….amik PMR kat sini…

1998- pindah umah melaka

1998-2000- masuk SMAP Kajang….1st time duk asrama…kagum ngan sekolah ni…cikgu bes2…students pandai2….rasa inferior je…yela form4 baru kan….org lain dr form 1 sekolah tu….masa  ni la mula pandai sket pasal lagu2 yg tah hape….sbb kat dorm tu ada je yg pasang radio…mula la tau nsync la westlife la..n tah hape2 lagi….kelaka je rasa… biasa la umur tgh meningkat…masa belasan tahun ni la pengaruh sekitar kuat…tu yg masa umur2 camni ada yg krisis identity….problem among teenagers pun byk….amik SPM….

2001-2002- Masuk Darul Quran….This is the best place ever (tpt stadi)..rindu kat suasana DQ….sentiasa dgn Quran…from b4 subuh ngaji..after subuh ngaji…gi kelas tasmi’…kelas madah…balik zohor ngaji lagi sampai asar ngaji lagi…after maghrib ngan Quran lagi sambung after Isya’ sampai ngantuk….esok ulang lagi rutin…petang if pegi tasik huffaz pun bawak Quran…..main tenis pakai jubah….trekking ngan jubah…pegi sungai mengulang Quran….hmm…bila la nak dapat suasana camtu lagi….Alhamdulillah berjaya graduate from DQ after one and a half years…

2002-2004- Matriks UIA PJ..Ni zaman aktif dalam society…masa tu 1st batch prog tahfiz UIA-DQ….so macam2 harapan org letakkan….suruh pegang ni…pegang tu….terlebih aktif la masa ni…..mula2 UIA offer pharmacy..n mmg nak amik pmacy…tak terfikir pun nak convert medic..ummi pun kata tak payah….ummi kata nanti busy sgt camane dgn Quran? Susah nak maintain nanti….tapi masa sem akhir Khalid sakit….kat haematology ward HKL tu specialists semua chinese doctors….ummi kata tukar la amik medic…ramaikan muslim doctors….so amik la form utk tuka medic n alhamdulillah dapat….ada hikmahnya….stakat ni minat sgt dgn medicine….

2004- masuk main campus UIA kuantan as a medical student. Alhamdulillah dah 4 posting…surgery, internal medicine, obstetrics n gynaecology n currently paediatrics….semua minat….

April 2006- Jaulah

Singapore

n

New Zealand

. After habis je professional exam 2nd year..plan nak g jalan2…alhamdulillah after a few years kumpul duit scholarship…I managed to travel to

New Zealand

by my own savings…. Ni la first time kuar dari

Malaysia

sejak balik fr

UK

masa baby. Pegi Singapore dgn Azah to attend Farhan’s wedding….Duit tak sampai Rm50 pun keluar…kat sana mak susi (kawan kat DQ) yg support….stay kat umah susi..taxi makcik yg bayar…bwk jalan….belanja jubah….hmm..thanks a lot to makcik, susi n yana…

Balik

Singapore

terus pg

New Zealand

with K.Hanifah n Timah 10 hari…. I spent about RM5000 including return tickets…alhamdulillah dapat cover byk jugak interesting places…..both north n south islands…New Zealand is a very beautiful country..tak rugi pergi….memang kagum dgn kehebatan Allah…Subhanallah…Sebab tu ada dalam Quran Allah suruh kita berjalan…lihat alam..semua ni adalah ayat2 Allah….for us to ponder…Thanks to Sumayyah yg bawak g jalan2 walaupun nak exam…thanks to senior2 dia kat Auckland…Salwa, Pupu, Ana, mima, kak su yg byk tolong..fetch kitorg kat airport..bwk g tgk bintang :> jalan pusing

Auckland

….book backpackers…masak etc. Kawan Sumayyah kat

Christchurch

…Ummu n Miza…kat

Dunedin

…Syuhadah n friends yg masak mee sup..iman yg bagi tido kat blek dia…senior2 umah depan yg masak nasi ayam….n kat timaru, brother ahmad, k.rina n ayoub…

Nov 2006- khalid pergi untuk selama-lamanya (O Allah, forgive him, grant him mercy, grant him wellbeing (safety), pardon him, purify him from sins, just as the white garment is cleansed of filth. Exchange his dwelling for a better dwelling, his family for a better family. Enter him into

Paradise

and save him from torment in the grave and from torment in the Fire)

8 April 2007- My 23rd birthday….semlm pegi Tahfiz Camp….memang perlu pegi program2 cam ni….Alhamdulillah rasa motivated sgt2…yang paling menarik Explorace….ni la Explorace yg paling ilmiah…..our 1st checkpoint kena bg ayat2 hukum….mencuri….zina..arak…etc…kena habiskan baca the whole ayat…yg ayat zina tu tak dapat nak habiskan..macam kelabu2 asap je…teruk betul.pastu ada yg kena tebuk….terjemah ayat….bg satu ayat for each nabi….keluarkan hukum tajwid, silangkata etc….seronok gak….

Panjang sgt dah ni…yela mana taknya cerita utk 23 tahun…..bila fikir2 balik….what have I done for Islam? Ada ke tak contribution kita…..camana kerja dakwah kita? Ada peningkatan tak? Rasa belum lagi mencurah tenaga yg ada ni semaksimum mungkin utk bekerja…..Untuk sahabat2 seperjuangan…..sama2 lah kita ingat-mengingatkan….

Satu Pertemuan Berharga di Alam Mimpi

Filed under: Uncategorized — asmaziz at 1:11 am on Friday, April 6, 2007

Satu Pertemuan Berharga di Alam Mimpi

37

Rindu yang terubat

 

Pertemuan singkat itu cukup menggembirakan aku

Mengubat rindu di hati akan sebuah pertemuan dgnmu

Walaupun bukan sebuah pertemuan di alam nyata

Namun ku tahu ia bakal menjadi suatu realiti

Dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui

Saat itu menjadikan hatiku yg hiba ini terasa lapang dan tenang

Kerana merasakan tempat itulah yang terbaik dihadiahkan buatmu

 

Kita bertemu di sebuah taman indah dihiasi bunga2

Yang tak tergambar indahnya

Bunga2 yang kembang mekar menjalar tinggi hingga ke langit

Seingat aku wardatul hamra’ umpama dinding yang sgt indah

Menghiasi taman itu

Kilauan cahaya memancar di setiap sudut hadiqah itu

Nuur yang sentiasa mengelilingi tempat indahmu itu

Bagaikan kilauan permata yang mempesona

Kau tersenyum melihatkan aku dan usrah kita

Terlalu kagum dan bagai tidak percaya akan semua itu

 

Kau bawa kami ke tempat seindah itu

Kau mahu kami tahu kau terlalu bahagia, tenang dan gembira

Dengan kehidupan baru yang tak tergambar oleh kata2

Wajah kau samar di pandanganku

Namun tetap menampakkan ketenangan dan senyuman manis

Kau bahagia dan gembira hidup di

sana

 

Ingin aku khabarkan pada semua akan pertemuan itu

Ingin aku beritahu pada semua yang kau berada di tempat itu

Yang kau gembira dan bahagia di

sana

Ingin aku kongsi kegembiraanku akan pertemuan itu

Akanku sampaikan berita itu pada ummi dan abah

Agar mereka turut gembira akan ketenanganmu itu

 

Terima kasih Allah atas pertemuan itu

Cukuplah sekadar aku mengetahui yang dia bahagia di sampingMu di

sana

Persoalan2 aku terjawablah sudah

Pertemuan itu meyakinkan aku kau tenang di

sana

Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk melihat senyumannya

Mengalir airmata ini tanda syukur

Do’aku ingin melihat dia di alam mimpi telah Kau kabulkan

Walaupun sebentar cuma

Kau umpama mengkhabarkan padaku

Do’a2 kami agar menjadikan liang lahadnya sbg salah satu taman2 indah di syurga telah Kau kotakan

Itu janjiMu yang pasti Kau kotakan buat hamba2Mu yang terpilih

Peliharalah dia Ya Allah di bawah naungan kasih sayangMu

Berterusan hingga ke Jannatul Firdaus

Semoga pertemuan itu akan menjadi realiti buat kami sekeluarga

Apabila tiba masa yg ditentukan olehMu kelak

 

 

Hati yang rindukan Khalid,

Sumayyah Abdul Aziz

22nd December 2006

10.00am

Section 8, Shah Alam

December 28, 2006  | Permalink