*kemarau hati*
aassalamualaikum…
tak tau nak tulis apa…hari ni raya eidul adha…raya kat umah nenek…tadi ada photography session….mula2 ramai2..pastu each family satu gamba…sedih rasa tiba2…tak cukup orang..supposed to be 8 persons in my family..i was so used to this number of person in the family…bila semua ada kat umah..nak divide food ke..choc ke..papela mesti bahagi 8…prepare pinggan pun utk 8 orang…tapi skarang dah kurang….Khalid memang dah takde…n Zubair pergi madrasatul hayah…raya with kawan kat sana…takpela…may this one month programme jadikan dia a better muslim and a good dai’e…biar dia prepare awal2 before masuk IPT…
i’m goin back to kuantan tomorrow..sekejap je dapat duduk umah…nak wat camane…esok sampai2 je after maghrib we plan to go to the labour room…sambung kerja2 bidan…sambut baby…baru dapat 4 baby..6 more to go….bila kat kuantan kurang sikit rasa sedih…sibuk kat ward takde la nak melayan perasaan sangat…tapi bila balik rumah…hmm….
i don think i will have time to write after this…till I finish this O&G posting….
i’ll just paste whatever my sister wrote…kat bawah ni sajak yg dia tulis…i have nil talent to write sajak2 like this…but apa yg sumayyah tulis…sama macam apa yang saya rasa…..
Di Hari Lahirmu
(12 Disember 2006)
Di hari lahirmu
Kau tiada lagi di sisi
Kau telah pergi bertemu Tuhan
Tuhan yang telah mengizinkan
Untuk kau lahir ke dunia sbg hambaNya
Tuhan yang telah memilihmu
Sebagai insan yang punya keistimewaan
Juga Tuhan yang telah memanggilmu pulang
Di saat aku tidak menyangka
Di hari lahirmu
Ingatanku padamu semakin utuh
Biarpun jasadmu tidak lagi di sisi
Kenangan lalu menjadi pengubat rindu
Rindu yang ku pendam selama setahun
Berpanjangan entah bila ianya akan terungkai
Dengan satu pertemuan
Di hari lahirmu
Aku masih tidak percaya
Yang kau telah tiada
Pemergianmu benar2 mengejutkan aku
Kau pergi di saat kau memberikan harapan
Kau pergi bersama ketabahan dan kecekalan
Kekuatan dan kesabaran
Yang telah lama tersemat dan bersemadi dlm hatimu selama ini
Di hari lahirmu
Ku imbas kembali
Kehidupanmu yg penuh liku2 dan ujian dariNya
Namun tiada keluhan atau sesalan yang kau pamerkan
Kau lalui setiap langkah kehidupanmu dgn tenang
Tetapi kini
Tidak lagi dapat ku lihat
Seorang insan yang melayari hari2nya dgn penuh sabar
Kerana kau telah menerima jemputan istimewa daripada RabbMu
Kau telah menyahut panggilan dari Tuhan yang sgt menyayangimu
Di hari lahirmu
Kehilanganmu masih terasa
Ketiadaanmu di sisi merubah suasana
Kekosongan jelas terpancar dalam kehidupanku kini
Namun, tiada siapa yang berdaya
Melawan takdir Illahi
Biarpun aku masih tidak percaya akan pemergianmu
Hakikatnya kau telah tiada
Namun, aku terus berharap dan berdo’a
Agar Allah memberi peluang
Dengan satu pertemuan abadi denganmu di JannahNya kelak
Di hari lahirmu
Aku pohon dari Tuhan agar dikau tenang di sampingNya
Bak pengantin yang sedang nyenyak tidur
Menanti hari bahagia
Iaitu hari dikau bertemu Allah dengan seri wajah
Iaitu hari dikau dihadiahkan syurga Firdausi
Aku berharap agar Allah terus memberi kekuatan kepadaku
Untuk redha dan sabar menghadapi sebuah kehilangan
Yang amat berharga buat diriku
Aku terus memanjatkan do’a kepada Allah
Agar mengurniakan ketabahan dan kekuatan sepertimu
Untuk menghadapi hari2 yang mendatang
Aku memohon dariNya agar sentiasa memimpinku
Setiap saat menuju JannahNya
Di hari lahirmu
Ingatan padamu ku jadikan inspirasi buat diri
Untuk terus cekal dan tabah meniti kehidupan
Rindu padamu kugantikan dgn kalungan do’a buat dirimu
Kerana hanya itulah yang mampu meyakinkan aku
Yang kau telah pergi buat selamanya
Menghadap Allah dengan tenang dan bahagia