smg roh Khalid tenang di sampingNya..berakhirlah kehidupannya di dunia ini bertemu cinta ALLAH yg diburu olehnya selama ini..alFatihah

Filed under: Uncategorized — asmaziz at 10:18 am on Friday, November 17, 2006

from sumayyah’s blog

assalamu’alaikum wbt..
Tanggal 15 November 2006 bersamaan 23 Syawal 1427H insan yg paling kami sayangi telah pergi bertemu Tuhan yg menciptakannya, Allah yg telah memberi dirinya sebagai pinjaman teristimewa buat kami sekeluarga, Khalid bin Abdul Aziz.
sama2 do’akan roh Khalid tenang dan bahagia di sana dan di tempatkan bersama2 hamba2 ALLAH yg bertaqwa kpdNya..
do’akan kami sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan utk menghadapi ujian dr ALLAH ini dan mendekatkan lagi diri kami dgnNya..biarpun rindu kami tidak tertanggung lagi buat dirinya, kami redha pemergian Khalid adalah takdir ALLAH yg terindah yg telah tertulis buat dirinya dan kami sekeluarga..kami berdo’a agar kami sekeluarga akan bersatu di JannahNya sbg hamba2Nya yg dikasihi ALLAH..
hadiakan jutaan do’a dan alFatihah buat roh Khalid agar Khalid sentiasa tenang bersama2 Allah di alam baqa’..
Khalid adalah adik kami yg paling kami kagumi kerana dia merupakan insan yg paling tabah dan kuat dlm menghadapi ujian ALLAH terhadap dirinya, Khalid tidak pernah mengadu atau mengeluh kesakitan bahkan menganggap semua itu sbg dugaan buat dirinya..Khalid merupakan anak yg soleh, hamba yg taat pada perintah ALLAH, sahabat yg baik utk semua…betapa pun kami sayang pada dirinya, kami tahu ALLAH lebih jauh menyayangi dirinya drpd kami..
He is such a good boy, the most brilliant, the most handsome and strong person we’ve ever known..

Kami yg menyayanginya dan yg selalu mendo’akan yg terbaik buat Khalid yg kami sayangi buat selamanya,
abah,ummi,omar,asma’,sumayyah,abdullah zubair dan huzaifah.

(segenggam tabah dipertahankan, kami pohon dgn sangat ya ALLAH, satukan kami sekeluarga di jannahMu kelak..berilah kami segunung dan selautan kekuatan utk memulangkan pinjaman yg paling bernilai buat kami..terima kasih Allah kerana memberi kami peluang utk mengenali, mengasihi dan menyayanginya..rindu kami buat Khalid sudah tak tertanggung lagi tetapi kami tahu Kau lebih menyayangi dia..kami redha atas segala takdir yg telah disusun indah buat kami sekeluarga..Khalid, tenanglah jiwamu bersama ALLAH di sana, kau telah menjalankan tugasmu sbg hambaNya yg beriman selama kau hidup di dunia ini…ketabahan dan kekuatan menjadi sumber inspirasi buat kami meneruskan perjuanganmu dalam kehidupan yg fana ini..smg kita akan bersua kelak bersama2 golongan yg ALLAH kasihi..ketahuilah, kami sayang dan kami bangga dgn dirimu..ingatan kami kepadamu akan kekal hingga ke akhirnya..kami yg menyayangimu kerana ALLAH, abah,ummi, omar, asma’, sumayyah, abdullah zubair dan huzaifah



1 Comment »

16

   Asma'

November 26, 2006 @ 2:10 pm

Assalamualaikum..takziah buat enti sekeluarga..moga diberi kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi dugaan ini.sungguh ia menjadi pengajaran yg bermakna buat yg masih bernyawa..moga dicucurkan rahmat ke atas roh allahyarham khalid aziz..iringan doa dari insan yg tidak pernah mengenali..namun kita tetap saudara seislam..

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>